SEMAKAN STATUS PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024 : CHECK SECARA ONLINE

SEMAKAN STATUS PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024 : CHECK SECARA ONLINE

Akaun KWSP telah distruktur semula dengan mewujudkan akaun 3 yang telah dikuat kuasa untuk pengeluaran. Ahli yang memenuhi syarat telah dibenarkan untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa secara atas talian (online) sahaja tanpa perlu menunggu umur pesaraan.

Bagaimanakah semakan status pengeluaran kwsp akaun 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BORANG PERMOHONAN MYKASIH TERBARU : MOHON SEKARANG

PENGENALAN KWSP AKAUN 3 2024

Akaun 3 atau rasminya Akaun Fleksibel KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. 

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. 

Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

TARIKH KEBENARAN PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024

Penstrukturan semula akaun KWSP telah dibuat pada 11 Mei 2024 dengan mewujudkan akaun 3 dan ahli telah dibenarkan untuk membuat pengeluaran dari akaun 3 (rasminya Akaun Fleksibel) sejak 12 Mei 2024 dan pindahan hanya dibenarkan sehingga 31 Ogos 2024 sahaja.

LIMIT AMAUN PENGELUARAN AKAUN 3

KWSP telah menetapkan limit amaun untuk pengeluaran wang simpanan akaun 3 adalah dengan nilai minimum RM50 dan nilai maksimum adalah RM250 sehari. Namun, sekiranya ahli ingin mengeluarkan lebih dari had maksimum, ahli perlu melakukan e-KYC untuk proses kelulusan.

TEMPOH KELULUSAN PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024

Setelah ahli membuat pindahan ke akaun 3 tempoh untuk pindahan iaitu selama tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja sahaja dan sekiranya ahli telah membuat permohonan pengeluaran, ahli perlu menunggu kelulusan dalam masa tujuh (7) hari bekerja.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN

Untuk pengeluaran wang simpanan KWSP dari akaun 3, ahli perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara;
  • Belum mencapai umur 55 tahun (ke bawah);
  • Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel (3);
  • Had pengeluaran minimum RM50.

CARA PENGELUARAN AKAUN 3

Ahli dibenarkan membuat pengeluaran sekiranya memenuhi syarat kelayakan serta telah membuat pindahan wang ke dalam akaun 3. Ikuti cara pengeluaran dari akaun 3 seperti berikut :

  1. Sila Login i-Akaun KWSP anda.
  2. Pada halaman i-Akaun KWSP, sila klik pada [Pengeluaran].
  3. Kemudian, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
  4. Pilih jenis [Pengeluaran Anda]
  5. Seterusnya, klik pada [Akaun Fleksibel]
  6. Jumlah yang boleh dikeluarkan tertera di bahagian kanan atas “Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”.
  7. Masukkan amaun yang anda inginkan.
  8. Klik [Keluarkan Sekarang].
  9. Selesai.

*Nota : Ahli perlu menunggu kelulusan pengkreditan ke akaun bank sehingga tujuh (7) hari bekerja.

SEMAKAN STATUS PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024

Setelah membuat permohonan pengeluaran, ahli perlu membuat semakan status seperti berikut :

  1. Login i-Akaun KWSP anda.
  2. Pada laman utama i-Akaun tersebut, klik pada [Pengeluaran].
  3. Seterusnya, klik pada [Rekod Pengeluaran].
  4. Status pengeluaran akaun 3 akan dipaparkan samaada “DILULUSKAN” atau “TIDAK LULUS”.
  5. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/w/info-akaun-3-kwsp.

Leave a Comment