SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI FASA 1 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI FASA 1 2024 : CHECK SEKARANG

Penyasaran semula subsidi dan daripada penjimatan subsidi tersebut akan disalurkan bantuan tunai kepada rakyat adalah bertujuan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Bantuan tunai yang disalurkan ini juga adalah secara berperingkat dan berfasa selama tempoh satu (1) tahun kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tunai fasa 1? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM100 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG

SENARAI BANTUAN TUNAI 2024

Terdapat dua (2) jenis bantuan tunai yang akan disalurkan kepada rakyat seperti berikut :

BIL.JENIS BANTUAN TUNAI
1.Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
2.Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

CARA PENGRKREDITAN BANTUAN TUNAI 2024

Pengkreditan bantuan tunai tersebut adalah berbeza seperti berikut :

  1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berfasa (4 fasa); atau
    • Boleh dituntut di kaunter Bank Simpanan Nasional seluruh Malaysia (BSN) bagi yang gagal kredit.
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Dikreditkan ke dalam MyKad penerima Semenanjung Malaysia setiap bulan selama 12 bulan; atau
    • Melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai (kepada penerima Sabah, Sarawak dan W.P Labuan), sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

TARIKH KREDIT BANTUAN TUNAI FASA 1 2024

Pengkreditan Bantuan Tunai bagi fasa 1 tahun 2024 adalah seperti berikut :

JENIS BANTUANTARIKH
KREDIT FASA 1
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Februari 2024
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)22 Januari 2024
(Semenanjung Malaysia)
19 Februari 2024
(Sabah & Sarawak)

JUMLAH PENGKREDITAN BANTUAN TUNAI FASA 1 2024

Pengkreditan Bantuan Tunai Fasa 1 akan dikreditkan mengikut jumlah seperti berikut :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Dikreditkan mengikut kategori kelayakan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH
BAYARAN FASA 1
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
RM100 (0 anak)
RM150 (1-2 anak)
RM250 (3-4 anak)
RM300 (5 ke atas)
Warga Emas Tiada Pasangan
Pendapatan bawah RM2,500
hingga RM5,000
RM150
Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM100
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Dikreditkan mengikut kategori kelayakan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH
BAYARAN FASA 1
STR Miskin TegarIsi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100
Bujang : RM50
STR MiskinIsi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100
Bujang : RM50
STR Asas Bukan Miskin / Miskin TegarAkan diberitahu dalam
masa terdekat

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI FASA 1 2024

Ikuti cara semakan status bantuan tunai fasa 1 di Portal Rasmi MySTR LHDNM seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MySTR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
  3. Kemudian, klik [Log Masuk].
  4. Klik butang [Semak].
  5. Seterusnya, klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
  7. Kemudian, klik pada [Semakan Permohonan].
  8. Status Sumbangan Tunai Rahmah dan status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pemohon akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]
  • SARA :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment