SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian bantuan tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) peruntukan sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.
Bagaimanakah semakan sumbangan tunai rahmah? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS EKASIH : CHECK SEKARANG
JUMLAH PENERIMA PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024
Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024. Walau bagaimanapun angka ini dijangka naik ke hampir 9 juta bagi tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali sebelum ini.
TARIKH KREDIT SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024
Pengkreditan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah adalah secara berfasa (4 fasa) sepanjang tahun 2024 seperti berikut :
FASA | TARIKH |
---|---|
FASA 1 | 29 Januari 2024 – 02 Februari 2024 |
FASA 2 | April 2024 |
FASA 3 | Ogos 2024 |
FASA 4 | November 2024 |
KADAR BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024
Setiap penerima akan menerima kadar bayaran yang berbeza mengikut kategori kelayakan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN |
---|---|
Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah. | RM1,000 (0 anak) RM1,500 (1-2 anak) RM2,000 (3-4 anak) RM2,500 (5 ke atas) |
Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000. | RM500 (0 anak) RM750 (1-2 anak) RM1,000 (3-4 anak) RM1,250 (5 ke atas) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah. | RM350 |
SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024
Ikuti cara semakan penerima yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/default.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Klik butang [Semak].
- Seterusnya, klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon adalah betul.
- Masukkan kata laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf.