SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Menurut data yang diterima daripada eKasih (Bank data Kemiskinan Negera), terdapat kategori baharu yang layak menerima bantuan eKasih yang bernilai RM1,200 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Peruntukan bagi tahun ini adalah sehingga lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas.
Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan ekasih? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN BARANG DAPUR : SEMAK STATUS SEKARANG
APA ITU BANTUAN EKASIH
Bantuan yang bernilai RM1,200 adalah disalurkan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menurut data penerima yang diambil daripada eKasih iaitu kategori miskin dan miskin tegar yang berdaftar dan mempunyai data daripada eKasih akan layak menerima bantuan RM1,200.
BILAKAH PENERIMA AKAN MENERIMA BANTUAN EKASIH 2024
Bantuan eKasih yang bernilai RM1,200 telah disalurkan secara berperingkat mengikut alamat penerima seperti berikut :
ALAMAT PENERIMA | TARIKH PENERIMAAN |
---|---|
Penerima beralamat Semenanjung Malaysia | Bayaran RM100 setiap bulan bermula 22 Januari 2024 dan bayaran seterusnya adalah pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bayaran akhir pada 1 Disember 2024. |
Penerima beralamat Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Bayaran RM600 dua (2) kali setahun iaitu pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024. |
BAGAIMANAKAH CARA PENERIMAAN BANTUAN EKASIH 2024
Kerajaan akan menyalurkan bantuan eKasih yang bernilai RM1,200 kepada penerima mengikut kaedah seperti berikut :
ALAMAT PENERIMA | CARA PENERIMAAN |
---|---|
Penerima beralamat Semenanjung Malaysia | Disalurkan menerusi Kad Pengenalan penerima |
Penerima beralamat Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Disalurkan menerusi akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
BAGAIMANAKAH CARA PEMAKLUMAN PENERIMA BANTUAN EKASIH 2024
Penerima yang layak akan dimaklumkan mengikut kaedah seperti berikut :
CARA PEMAKLUMAN | KETERANGAN |
---|---|
Surat pemakluman | Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR |
Sistem Pesanan Ringkas (sms blast) | Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat. |
SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 2024
Berikut merupakan cara semakan status penerima Bantuan eKasih di Portal Rasmi :
PAUTAN SEMAKAN BANTUAN EKASIH |
---|
https://www.mykasih.com.my/ |
- Sila klik pada pautan semakan Bantuan eKasih di atas.
- Pada halaman utama, sila klik pada butang [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Saya nak sangat sangat bantuan ini . Aaminnn X3 ya Allah Ya Rabbal Alamin.
Tiada rekod