SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024 : SEMAK SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024 : SEMAK SEKARANG

Kaedah penyaluran bantuan tunai melalui aplikasi e-Wallet adalah salah satu inisiatif yang memudahkan Kerajaan menyalurkan bantuan tunai serta memudahkan rakyat terutamanya golongan B40 untuk menerima dan menggunakannya dengan mudah.

Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan ewallet b40 rm300? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH 100 SETIAP BULAN : CHECK STATUS SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024

Bantuan tunai yang bernilai RM300 dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet khusus untuk golongan B40 adalah diperkenalkan oleh Kerajaan negeri sejak tahun 2020 yang bertujuan membantu ketua-ketua keluarga yang berpendapatan rendah untuk menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas.

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024

Kerajaan negeri telah memperuntukan sejumlah 108 juta ringgit khas untuk disalurkan kepada 30,000 rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. Setiap penerima yang disahkan layak bakal menerima sebanyak RM300 setiap bulan selama tempoh 12 bulan.

KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024

Kelebihan-kelebihan yang bakal diterima oleh golongan B40 daripada bantuan ini adalah seperti berikut :

  • Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai serta pasaraya berdaftar.
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  • Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

LANGKAH PENGGUNAAN BANTUAN EWALLET B40 RM300

Berikut merupakan langkah-langkah menggunakan bantuan tunai RM300 dalam e-Wallet :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-barangan).
  3. Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024

Pemohon perlu membuat semakan senarai nama penerima bantuan dalam e-Wallet di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi BINGKAS; atau klik pada pautan semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment