SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Kerajaan telah menyenaraikan dan mengesahkan nama-nama penerima yang terpilih layak untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off (sekaligus) pada Disember ini dengan kadar implikasi kewangan sehingga RM1.7 billion.

Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan sara one off? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF :  CHECK DUIT MASUK RM300/RM150

BILANGAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF 2024

Berikut merupakan bilangan nama penerima yang disahkan layak untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off (sekaligus) :

KELAYAKAN
KATEGORI
BILANGAN
PENERIMA
ISI RUMAH
(Berpasangan / Tunggal)
3.5 juta penerima
BUJANG
(Belia / Warga Emas)
4.5 juta penerima
*Keseluruhan penerima adalah seramai 8 juta.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024

Seramai 8 juta nama penerima yang terpilih layak akan mula menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off (sekaligus) bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) dan berperingkat dijangka selama ke lima (5) hari bekerja.

*Namun tarikh untuk seterusnya akan dikemaskini apabila jadual diumumkan secara rasmi.

CARA PENERIMAAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024

Penerimaan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off (sekaligus) adalah melalui dua (2) cara yang bergantung kepada penerima bagaimana cara yang ingin diterima seperti berikut :

  • Penerima ada akaun bank :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
  • Penerima tiada akaun bank :
    • Diberikan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF 2024

Nama-nama penerima yang disahkan layak hanya boleh disemak melalui portal rasmi sahaja. Ikuti panduan cara semakan nama penerima yang layak di bawah :

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

Leave a Comment