SEMAKAN PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 :  CHECK DUIT MASUK RM300/RM150

SEMAKAN PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 :  CHECK DUIT MASUK RM300/RM150

Duit bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mula diberikan di kaunter yang terlibat serta dikreditkan ke dalam akaun bank penerima bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin ini) secara one-off (sekaligus) melibatkan 8 juta penerima yang terpilih.

Bagaimanakah semakan penerima bayaran sara one off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN : PERMOHONAN & SEMAK KELAYAKAN

SEMAKAN PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Seramai 8 juta rakyat yang terpilih untuk menerima Bantuan SARA secara one-off (sekaligus). Untuk mengetahui status sebagai penerima yang terpilih, sila ikuti cara semakan pada pautan rasmi di bawah :

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) akan bermula pada tarikh yang ditetapkan iaitu 9 Disember 2024 (Isnin) dan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

KAEDAH BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Terdapat dua (2) kaedah bayaran SARA kepada penerima, iaitu :

  • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional kepada penerima yang tiada akaun bank; atau
  • Dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan.

JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Bantuan SARA akan dibayar kepada penerima secara one-off (sekaligus) mengikut jumlah yang ditetapkan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Berpasangan (Ada / Tiada anak) : RM300;
    • Isi Rumah Tunggal (Ada anak) : RM300.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun) : RM150;
    • Bujang (Umur 60 tahun dan ke atas) : RM150.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

Leave a Comment