SLIP RESULT SPM 2022 : CARA MUAT TURUN/DOWNLOAD SLIP KEPUTUSAN
Ketahui cara muat turun dan cetak slip keputusan SPM penuh sesi 2022 untuk memudahkan anda. Tiada lagi pembahagian slip di pejabat sekolah ekoran pendemik yang sedang melanda.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 akan diumumkan pada 16 Jun 2022.
Baca juga: PERMOHONAN SBP 2023 : SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 1 ATAU 4
SLIP RESULT SPM 2022
CARA MUAT TURUN SLIP RESULT SPM 2022
CARA DOWNLOAD SLIP KEPUTUSAN SPM 2022
Berikut dikongsikan cara muat turun slip keputusan SPM untuk rujukan ibu bapa dan calon.
Slip keputusan SPM awal boleh dimuat turun pada 16 Jun 2022 melalui pautan https://myresult1.moe.gov.my/ atau https://myresult2.moe.gov.my/.
Manakala Slip Keputusan Penuh SPM hanya boleh dimuat turun mulai 16 Jun 2022 di laman web https://myresult3.moe.gov.my/.
TARIKH KEPUTUSAN SPM 2022
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 akan dikeluarkan pada 16 Jun 2022 (Khamis). Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.
Buat masa ini, Fasa Kemaskini UPUOnline telah dibuka dari 1 Jun hingga 28 Jun 2022.
Kemas kini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar :
Lepasan SPM : 5 hari selepas keputusan SPM sebenar diumumkan.
Lepasan STPM/Setaraf : 22 hingga 26 Ogos 2022 (Kecuali Diploma/Setaraf)
CARA NAK SEMAK KEPUTUSAN SPM 2022
Berikut adalah cara nak semak keputusan SPM 2022 online dan juga cara check result SPM 2022 SMS :
- Semak Result SPM Online di Laman Web Rasmi : https://myresultspm.moe.gov.my
- Check Result SPM SMS, sila taip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun hingga 6.00 petang pada 24 Jun 2022.
PERMOHONAN SEMAK SEMULA SLIP RESULT SPM 2022
Jika anda rasa tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima, anda boleh membuat rayuan untuk semak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM.
Biasanya anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM.
Permohonan online semak semula keputusan SPM boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti berikut :-
Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/auth/login
- Pilih Menu Perkhidmatan
- Pilih tab > Semak Semula
- Tekan butang ‘Pilih Semak Semula SPM’