TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024 TELAH DI UMUMKAN : SEMAK SEKARANG

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024 TELAH DI UMUMKAN : SEMAK SEKARANG

Dalam Persidangan Pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini, Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut mengambil kesempatan untuk mengumumkan tarikh pembayaran Bantuan Tunai STR fasa bagi yang keempat (4).

Bilakah tarikh bayaran bantuan tunai str fasa 4 2024? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH : BUJANG/ WARGA EMAS/ ISI RUMAH B40 & M40

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024 TELAH DI UMUMKAN

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, tarikh pembayaran Bantuan Tunai STR bagi fasa yang keempat (4) adalah bermula pada 7 November 2024 (Khamis) secara berperingkat mengikut kelayakan penerima sedia ada dan juga penerima baharu.

PERKARATARIKH
Bayaran Bantuan Tunai
STR Fasa 4
7 November 2024 (Khamis)

KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024

Kaedah pembayaran Bantuan Tunai STR bagi fasa keempat (4) adalah sama seperti fasa-fasa sebelum ini, iaitu melalui pengkreditan tunai ke dalam akaun bank penerima dan pemberian secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mengikut penerima.

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
BANTUAN TUNAI STR
Ada akaun bankDikreditkan ke dalam akaun bank penerima
Tiada akaun bankTunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024

Kadar jumlah bayaran Bantuan Tunai STR bagi fasa keempat (4) adalah bergantung kepada baki dan mengikut kategori kelayakan penerima pada fasa sebelum ini seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN TUNAI STR
Isi Rumah B400 anak : RM200.
1-2 anak : RM350.
3-4 anak : RM500.
5 ke atas : RM650.
Isi Rumah M400 anak : RM150.
1-2 anak : RM200.
3-4 anak : RM250.
5 ke atas : RM300.
Bujang
(21 – 59 tahun)
RM100
Bujang
(Warga Emas)
RM150

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024

Untuk mengetahui jumlah serta tarikh yang akan terima Bantuan Tunai STR fasa empat (4), semakan boleh dilakukan pada pautan Portal Rasmi berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi STRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR di atas.
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment