BANTUAN 100 SETIAP BULAN DALAM IC 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
Inisiatif penyaluran bantuan tunai ke dalam IC (kad pengenalan) penerima masih diteruskan bagi tahun 2024 ini oleh kerana ia disambut baik oleh rakyat yang menerimanya pada tahun sebelum ini. Akan tetapi, Kerajaan telah menambaik dan telah menaikkan peruntukan kepada lebih ramai penerima yang layak.
Lebih 700,000 penerima yang disahkan layak dapat menikmat bantuan yang disalurkan ke dalam IC penerima sebanyak RM100 setiap bulan.
Bagaimanakah semak nama penerima bantuan 100 setiap bulan dalam ic? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN RAYA : MOHON SEKARANG
KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN 100 SETIAP BULAN DALAM IC
Berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang penerima bakal perolehi daripada bantuan ini :
- Penerima boleh membeli barangan keperluan asas seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
- Pembayaran untuk pembelian adalah secara tanpa tunai (cashless) hanya perlu IC sahaja.
- Pengkreditan adalah secara automatik setiap bulan ke dalam IC penerima.
- Baki daripada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya.
- Sah digunakan sehingga 31 Disember 2024.
JADUAL BAYARAN BANTUAN 100 SETIAP BULAN DALAM IC
Berikut merupakan jadual pembayaran bantuan tunai RM100 ke dalam IC penerima setiap bulan bagi tahun 2024 :
TARIKH BAYARAN | JUMLAH |
---|---|
22/01/2024 Isnin | RM100 |
01/02/2024 Khamis | RM100 |
01/03/2024 Jumaat | RM100 |
01/04/2024 Isnin | RM100 |
01/05/2024 Rabu | RM100 |
01/06/2024 Sabtu | RM100 |
01/07/2024 Isnin | RM100 |
01/08/2024 Khamis | RM100 |
01/09/2024 Ahad | RM100 |
01/10/2024 Selasa | RM100 |
01/11/2024 Jumaat | RM100 |
01/12/2024 Ahad | RM100 |
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN DALAM IC 2024
Penerima boleh menggunakan bantuan dalam ic mengikut cara seperti berikut :
- Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan baki.
BANTUAN 100 SETIAP BULAN DALAM IC 2024
Ikuti cara semakan penerima bantuan RM100 setiap bulan dalam IC di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.