JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 : BUJANG/ WARGA EMAS/ ISI RUMAH B40 & M40

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 : BUJANG/ WARGA EMAS/ ISI RUMAH B40 & M40

Kesemua kategori penerima sedia ada dan juga penerima baharu merangkumi hampir 9 juta rakyat dari golongan bujang, warga emas, isi rumah B40 dan isi rumah M40 akan menerima jumlah Bantuan Tunai Rahmah pada tahun 2025 dengan jumlah yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Berapakah jumlah bantuan tunai rahmah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN 1200 MYKAD 2025 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Berikut merupakan jumlah Bantuan Tunai Rahmah yang akan dibayar kepada setiap penerima pada tahun hadapan :

  • Bujang berumur 21 hingga 59 tahun :
    • RM600.
  • Bujang berumur 60 tahun ke atas (Warga Emas) :
    • RM600 + RM450 = RM1,050.
  • Isi Rumah B40 (Pendapatan bawah RM2,500) :
    • Tiada anak : RM1,000 + RM900 = RM1,900.
    • 1-2 anak : RM1,500 + RM900 = RM2,400.
    • 3-4 anak : RM2,000 + RM900 = RM2,900.
    • 5 ke atas : RM2,500 + RM900 = RM3,400.
  • Isi Rumah M40 (Pendapatan bawah RM5,000) :
    • Tiada anak : RM500 + RM900 = RM1,400.
    • 1-2 anak : RM750 + RM900 = RM1,650.
    • 3-4 anak : RM1,000 + RM900 = RM1,900.
    • 5 ke atas : RM1,250 + RM900 = RM2,150.

CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah adalah secara ansur berperingkat mengikut empat (4) fasa melalui pengkreditan tunai ke dalam akaun bank penerima ataupun secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Namun bayaran tambahan RM900 pula adalah secara ansur setiap bulan sebanyak RM100 melalui pengkreditan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan penerima / pasangan yang boleh digunakan untuk pembelian di mana-mana kedai terpilih.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Kebiasaanya pembayaran Bantuan Tunai Rahmah mengikut fasa-fasa pada yang bermula pada bulan Februari, April, Ogos dan bayaran akhir pada bulan November. Pembayaran tambahan pula bermula pada bulan April sehingga pada bulan Disember 2025.

  • Bayaran Bantuan Tunai Rahmah : Februari, April, Ogos dan November 2025.
  • Bayaran Bantuan Tambahan : April sehingga Disember 2025 (Setiap bulan).

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment