CARA PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024 : MOHON SEKARANG

CARA PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024 : MOHON SEKARANG

Terdiri daripada 10 persen simpanan wang KWSP, telah dibenarkan untuk pengeluaran melalui akaun 3 iaitu akaun Fleksibel untuk pengeluaran jangka pendek ahli sekaligus untuk memenuhi keperluan kelangsungan hidup namun setiap KWSP telah menghadkan pengeluaran.

Bagaimanakah cara pengeluaran kwsp akaun 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA BUAT E-KYC AKAUN 3 KWSP : MOHON SEKARANG

HAD PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024

KWSP telah menghadkan pengeluaran sekali sehari mengikut amaun seperti berikut :

HAD PENGELUARANAMAUN DIBENARKAN
MinimumRM50
MaksimumRM250

KADAR PERATUSAN SIMPANAN KWSP AKAUN 3 2024

Simpanan KWSP kini terbahagi kepada tiga (3) akaun dan setiap akaun mempunyai kadar peratusan simpanan yang berbeza seperti berikut :

  1. Akaun 1 : Persaraan (75%) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;
  2. Akaun 2 : Sejahtera (15%) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan
  3. Akaun 3 : Fleksibel (10%) sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024

Pengeluaran KWSP akaun 3 hanya dibenarkan kepada ahli memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara;
  • Belum mencapai umur 55 tahun (bawah);
  • Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel (3);
  • Had pengeluaran minimum RM50 dan maksimum RM250.

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024

Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Walau bagaimanapun, ahli perlu memastikan akaun 3 KWSP mempunyai simpanan dan pastikan akaun bank berstatus aktif bagi memastikan proses bayaran adalah lulus dan teratur.

CARA PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024

Ikuti cara pengeluaran wang KWSP dari akaun 3 secara atas talian sahaja seperti berikut :

  1. Sila Log Masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
  2. Pilih menu ‘Pengeluaran’ dan klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
  3. Seterusnya, klik pada [Akaun Fleksibel].
  4. Pilih butang [Keluar Sekarang].
  5. Masukkan jumlah pengeluaran dan klik pada butang [Teruskan].
  6. Kemudian, kemaskini akaun bank yang aktif.
  7. Klik pada butang [Teruskan].
  8. Seterusnya, klik pada butang [Terima] jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
  9. Masukkan nombor TAC yang dihantar oleh KWSP.
  10. Klik untuk sahkan pengeluaran.
  11. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ dan tunggu kelulusan permohonan (3 hingga 5 hari bekerja).
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.

Leave a Comment