BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2025 : PERMOHONAN & SEMAK KELAYAKAN
Bagi membantu meningkatkan kadar ketahanan kewangan rakyat yang berpendapatan rendah, Bantuan MyKasih akan dikreditkan setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025 kepada penerima dengan nilai antara RM100 dan RM50 (bergantung kepada kelayakan setiap penerima).
Bagaimanakah permohonan dan semak kelayakan bantuan mykasih rm100 setiap bulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA MYKASIH (REGISTER ONLINE SEKARANG)
APA ITU BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN
Bantuan MyKasih adalah sebuah inisiatif diperkenalkan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah untuk menampung kos pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
Setiap bulan, Bantuan MyKasih akan dikreditkan ke dalam akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan untuk digunakan sebagai kad untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya berhampiran secara tanpa tunai (cashless).
TEMPOH PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2025
Pemberian Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan adalah mengikut tempoh yang ditetapkan seperti berikut :
- Penerima berstatus miskin dan miskin tegar :
- Diberikan setiap bulan selama tempoh 12 bulan (Januari hingga Disember 2025).
- Penerima berstatus bukan miskin :
- Diberikan setiap bulan selama tempoh 9 bulan (April hingga Disember 2025).
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan, adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025 (kategori : Isi Rumah / Warga Emas);
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN
Berdasarkan soalan lazim MyKasih, untuk mendapatkan Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 setiap bulan, individu perlu memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah serta berdaftar sebagai penerima miskin dan miskin tegar di bawah e-Kasih sahaja.
Panduan Cara Permohonan Bantuan MyKasih :
- Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
Panduan Cara Pendaftaran e-Kasih :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
- Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN
Untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima MyKasih RM100 setiap bulan, individu boleh membuat semakan di pautan portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari :