BANTUAN SARA HIDUP RM1800 2025 : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON

BANTUAN SARA HIDUP RM1800 2025 : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON

Peningkatan kos sara hidup di Malaysia tentunya saban tahun akan meningkat dan sukar untuk dibendung. Oleh itu, bagi membantu rakyat untuk menghadapi peningkatan kos sara hidup, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Sara Hidup kepada yang memerlukan.

Bagaimanakah semak kelayakan dan cara mohon bantuan sara hidup rm1800? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN RM600 BUNANG : PERMOHANAN & SEMAKAN KELAYAKAN

BANTUAN SARA HIDUP RM1800 2025

Bagi membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup, Kerajaan memperuntukan sebilangan besar untuk disalurkan melalui Bantuan Sara Hidup kepada rakyat dewasa Malaysia merangkumi golongan isi rumah dan golongan bujang.

KADAR KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP 2025

Bantuan Sara Hidup akan disalurkan mengikut kadar kelayakan bagi setiap penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN
ISI RUMAH
KADAR BANTUAN
SARA HIDUP
(Miskin)
KADAR BANTUAN
SARA HIDUP
(Bukan Miskin)
Isi Rumah
Berpasangan
(Ada atau
tiada anak)
RM1,200RM900
Isi Rumah
Tunggal
(Ada anak)
RM1,200RM900
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN
BUJANG
KADAR BANTUAN
SARA HIDUP
(Miskin)
KADAR BANTUAN
SARA HIDUP
(Bukan Miskin)
Bujang Umur
21 hingga
59 tahun
RM600RM0
Bujang Umur
60 tahun
dan ke atas
RM1,200RM450

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP 2025

Untuk menerima Bantuan Sara Hidup pada tahun 2025, pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025;
  • Pendapatan di bawah RM5,000 bagi isi rumah dan bujang di bawah RM2,500 sebulan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP 2025

Panduan semakan kelayakan di pautan 1 :

  1. Sila klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Panduan semakan kelayakan di pautan 2 :

  1. Sila klik pada pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  11. Selesai.

CARA MOHON BANTUAN SARA HIDUP 2025

Ikuti cara permohonan Bantuan Sara Hidup di pautan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Selesai.

CARA DAFTAR BANTUAN SARA HIDUP

Individu atau orang awam boleh memohon atau mendaftar e-Kasih melalui cara berikut :

  1. Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
  2. Melalui telefon; atau
  3. Surat; atau
  4. e-mel rasmi; atau
  5. Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

Leave a Comment