BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD RM1800 2025 : MOHON & SEMAK KELAYAKAN ONLINE

BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD RM1800 2025 : MOHON & SEMAK KELAYAKAN ONLINE

Melihat kepada penerimaan yang lalu telah diterima dan mendapat sambutan yang baik oleh penerima, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan lagi dan menambah pemberian bantuan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak.

Bagaimanakah cara mohon dan semak kelayakan bantuan tambahan dalam mykad rm1800? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARA HIDUP RM1800 : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON

BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD RM1800 2025

Inisiatif Bantuan Tambahan Dalam MyKad adalah sebuah lanjutan daripada program MyKasih yang menyasarkan untuk membantu rakyat dewasa yang merupakan Warganegara Malaysia serta menggalakkan pembelian secara tanpa tunai (cashless) hanya dengan menggunakan MyKad sahaja.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD 2025

Hanya individu yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan sahaja akan menerima Bantuan Tambahan Dalam MyKad, antara kriteria kelayakan yang ditetapkan adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

*Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

CARA MOHON BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD 2025

Ikuti cara permohonan Bantuan Tambahan Dalam MyKad seperti berikut :

  1. Layari laman permohonan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  4. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  5. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
  6. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  7. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  8. Sila pilih [Status Perkahwinan] sebagai ‘Bujang’.
  9. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  11. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dantick[/] pada ruangan tersebut.
  12. Klik butang [Hantar] di bawah.
  13. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  14. Selesai.

*Sekiranya permohonan telah dibuat, pemohon perlu mendaftarkan diri sebagai penerima miskin dan miskin tegar.

CARA DAFTAR BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD 2025

Berikut merupakan panduan cara daftar utuk menerima Bantuan Tambahan Dalam MyKad :

  1. Sila klik pada pautan rasmi di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
  5. Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
  6. Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
  7. Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
  8. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  9. Selesai.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD 2025

Untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan Tambahan Dalam MyKad, ikuti cara semakan di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment