CARA MOHON BANTUAN MYSARA RM100 SETIAP BULAN 2025 : REGISTER ONLINE

CARA MOHON BANTUAN MYSARA RM100 SETIAP BULAN 2025 : REGISTER ONLINE

Mungkin dengan adanya Bantuan MySARA RM100 setiap bulan, ia boleh dijadikan sebagai elaun bulanan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup khususnya bagi menampung pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

Bagaimanakah cara mohon bantuan mysara rm100 setiap bulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD RM1800 : MOHON & SEMAK KELAYAKAN ONLINE

APA ITU BANTUAN MYSARA 2025

Bantuan MySara adalah merupakan bantuan tambahan khusus untuk membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup dengan menampung kos pembelian barangan keperluan asas setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025.

TEMPOH PENYALURAN BANTUAN MYSARA RM100 SETIAP BULAN 2025

Penyaluran Bantuan MySara RM100 setiap bulan adalah mengikut tempoh seperti berikut :

  • Penerima Berdaftar dengan e-Kasih (Miskin & Miskin Tegar) :
    • RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan;
  • Penerima Tidak Berdaftar dengan e-Kasih (Bukan Miskin) :
    • RM100 setiap bulan selama tempoh 9 bulan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSARA RM100 SETIAP BULAN 2025

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk menerima Bantuan MySara RM100 setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025;
  • Pendapatan di bawah garis PGK semasa;
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.

CARA MOHON BANTUAN MYSARA RM100 SETIAP BULAN 2025

Ikuti cara memohon Bantuan MySara seperti berikut :

  1. Layari portal rasmi di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  5. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  6. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  8. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  9. Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
  10. Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
  11. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  12. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  13. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
  14. Klik butang [Hantar] di bawah.
  15. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  16. Selesai.

*Sekiranya permohonan telah dilakukan, pemohon perlu mendaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.

CARA DAFTAR BANTUAN MYSARA RM100 SETIAP BULAN 2025

Ikuti panduan daftar untuk menerima Bantuan MySara RM100 setiap bulan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
  5. Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
  6. Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
  7. Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
  8. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  9. Selesai

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySara. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment