BILA MASUK BAYARAN SARA ONE OFF RM300/RM150 2024 : TARIKH RASMI TELAH DIUMUM
Masih ramai yang belum mengetahui dan tertanya-tanya bilakah bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dimasukkan secara one-off (sekaligus) seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan. Bagaimanapun tarikh rasmi telahpun diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri.
Bilakah masuk bayaran sara one off? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF (RM300 & RM150)
TARIKH RASMI MASUK BAYARAN SARA ONE OFF
Berdasarkan pengumuman oleh Perdana Menteri baru-baru ini, tarikh bayaran SARA one-off (sekaligus) adalah rasminya akan bermula pada 9 Disember 2024, Isnin (minggu hadapan) dan berperingkat selama tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.
BILA MASUK BAYARAN SARA ONE OFF
Bayaran SARA melalui akaun bank adalah secara berperingkat mengikut masa berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
*Bagaimanapun, bayaran SARA akan mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja daripada tarikh tersebut.
JENIS BAYARAN SARA ONE OFF
Tidak kesemua penerima akan menerima bayaran SARA one-off melalui akaun bank, kerana terdapat juga penerima yang boleh mengambil wang tunai daripada Bantuan SARA di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasiona (BSN) sekiranya status ‘Gagal Kredit’ atau tiada akaun bank yang aktif.
JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF
Bantuan SARA one-off akan dibayar kepada penerima mengikut jumlah status kelayakan. Seramai 3.5 juta penerima akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM300 dan seramai 4.5 juta penerima akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM150.
SEMAK STATUS BAYARAN SARA ONE OFF
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama akan dipaparkan, klik [TUTUP] iklan pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) contoh : 890230116789.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Pada bahagian pengesahan, klik butang [Semak].
- Frasa keselamatan penerima akan dipaparkan.
- Klik [Ya] sekiranya frasa yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan dengan betul.
- Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
- Profil penerima akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘LULUS RM300’ atau ‘LULUS RM150’.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.