CHECK BAYARAN SARA ONE OFF 2024 : SEMAK DUIT MASUK RM300/RM150
Mengikut seperti yang dijanjikan oleh kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2024, kesemua penerima yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan layak menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) namun melalui kaedah yang berbeza mengikut kelayakan.
Yang mana penerima yang miskin dan miskin tegar telah menerima bayaran SARA secara ansur setiap bulan dan ansur dua kali setahun. Kini adalah bayaran SARA kepada penerima bukan miskin secara one-off (sekaligus).
Bagaimanakah check bayaran sara one-off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILA MASUK BAYARAN SARA ONE OFF RM300/RM150 : TARIKH RASMI TELAH DIUMUM
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Pembayaran SARA secara one-off adalah akan bermula pada tarikh seperti berikut :
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF |
---|
9 DISEMBER 2024, ISNIN |
BILANGAN PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Berikut merupakan bilangan penerima yang layak menerima bayaran SARA secara one-off :
KATEGORI KELAYAKAN | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal) | 3.5 juta |
BUJANG (Belia / Warga Emas) | 4.5 juta |
JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Bantuan SARA akan dibayar secara one-off mengikut jumlah seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal) | RM300 Setiap ketua isi rumah |
BUJANG (Belia / Warga Emas) | RM150 setiap individu |
CHECK BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Untuk mengetahui status bayaran SARA one-off bila masuk, ikuti panduan cara check di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari :