SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF (RM300 & RM150 2024)

SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF (RM300 & RM150 2024)

SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan sebagai bantuan tambahan bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat Malaysia khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana melalui tiga kaedah bayaran yang berbeza.

Bagaimanakah semakan status sara one-off? Ikuti panduan dan info di bawah.

BACA JUGA : TARIKH RASMI TEBUS BAYARAN BANTUAN TUNAI SARA ONE OFF RM300 : SEMAK STATUS SEKARANG

SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF

Ikuti cara semakan status SARA one-off seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. Frasa keselamatan‘ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

KAEDAH BAYARAN SARA

Terdapat tiga (3) kaedah bayaran Bantuan SARA, iaitu :

  • Secara ansur setiap bulan;
  • Secara ansur dua (2) kali setahun; dan
  • Secara one-off (sekaligus).

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF

Pembayaran Bantuan SARA secara ansur setiap bulan dan ansur dua (2) kali setahun telah selesai dibayar dan kini adalah bayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) yang akan dibayar kepada penerima bermula pada 9 Disember 2024, Isnin minggu hadapan.

JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF

Bantuan SARA yang akan dibayar secara one-off adalah mengikut jumlah yang ditetapkan seperti berikut :

  • Isi Rumah : RM300;
  • Warga Emas : RM150;
  • Bujang : RM150.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

Leave a Comment