CARA AKTIFKAN DISNEY HOTSTAR ASTRO DAN DI TV
Untuk makluman anda, penduduk di Malaysia boleh mula membuat langganan Disney+ Hotstar bermula pada 1 Jun 2021. Para pelanggan akan dapat menonton melalui peranti pilihan sama ada di smartphone, laptop, tablet ataupun di Android TV/Apple TV.
Kepada anda yang menggunakan Astro, boleh mengaktifkan Disney Plus Hotstar juga bermula 1 Jun 2021 dengan melayari laman web rasmi Astro menggunakan ID anda.
Bagaimanakah cara aktifkan Disney Hotstar Astro dan TV? Apakah cara langgan Disney+ Hotstar Malaysia?
APA ITU DISNEY+ HOTSTAR MALAYSIA
Disney+ Hotstar adalah platform langganan ia merupakan layar penstriman khusus untuk rancangan-rancangan popular dari Malaysia dan serata dunia yang menghimpunkan filem-filem blockbuster dari Hollywood termasuklah Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan sebagainya. Ia telah dilancarkan di Malaysia pada tarikh 1 Jun 2021. Disney Plus Hotstar juga boleh di muat turun atau download dari aplikasi pada ios atau android.
Cara nak menonton Disney Hotstar Malaysia boleh lihat secara streaming melalui telefon bimbit, tablet, dan tv yang disambungkan dengan media player. Apa yang menyeronokkan adalah tiada iklan dipaparkan semasa menonton dan boleh diguna secara dua peranti serentak. Selain itu, untuk rakyat Malaysia, ada kandungan yang menyediakan subtitle/audio dalam Bahasa Melayu juga.
BAYARAN DISNEY HOTSTAR MALAYSIA
Bayaran untuk 1(satu) plan langganan pada masa ini hanya RM54.90 (3 bulan). Dengan langganan ini, anda boleh tonton semua kandungan tersedia secara On The Go dengan format High Defination (HD) serta Dolby Audio. Bagi yang ingin tahu tentang harga sebulan buat masa ini hanya pelan langganan untuk 3 bulan sahaja yang ada.
CARA AKTIFKAN DISNEY HOTSTAR ASTRO
Ikuti panduan cara aktifkan Disney+ Hotstar Astro di Malaysia di bawah ini:
PERKARA | PAUTAN |
Activate Disney Plus Hotstar Astro | https://product.astro.com.my/apps/disney |
- Layari laman web di pautan di atas untuk aktifkan.
- Tekan ” Iām an existing Astro customer “. (Jika anda merupakan pelanggan Astro).
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Login ID Astro.
- Anda dikehendaki Login Masuk terlebih dahulu.
- Jika anda masih lagi tiada ID Login Astro, sila tekan Create Now, ikuti langkah yang disediakan.
- Kepada anda yang sudah mempunyai ID Log Masuk Astro, boleh teruskan langkah di bawah.
- Masukkan Emel ID Astro anda.
- Masukkan Password anda.
- Tekan LOGIN.
- Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk mendaftar dan masukkan OTP untuk mengaktifkan akses anda.
- Pada skrin utama Ultra Box, lancarkan apps Disney+ Hotstar. Log masuk dengan nombor telefon bimbit anda yang berdaftar dan mula menonton.
- Selesai. Selamat Menonton.
CARA AKTIFKAN DISNEY HOTSTAR DI TV
Untuk Smart TV region Malaysia memang masih tidak available lagi Apps ini, tetapi Android TV sudah ada. Jadi tiada masalah untuk stream dari TV, anda hanya install Apps Disney+ Hotstar ni sama ada dekat Android box, Android TV atau Android Devices (Mi Stick, Chromecast dan lain-lain).
Jika anda guna Samsung Smart TV tetapi ada Unifi box, anda hanya install Apps Disney+ HotStar ini di dalam Unifi box itu sahaja. Jadi bolehlah streaming dari TV terus.
Akhir sekali, jika anda tiada Android TV atau apa-apa Android device, anda boleh install Apps ini di smartphone atau tablet yang anda miliki. Untuk ios dan android boleh digunakan.
CARA LANGGAN DISNEY HOTSTAR MALAYSIA
Untuk pengetahuan anda, anda boleh langgan dengan 2 cara sama menggunakan aplikasi telefon pintar ataupun melalui website. Jika menggunakan smartphone, anda hanya perlu download atau muat turun aplikasi Disney Hotstar dan membuat langganan seperti di bawah.
PERKARA | PAUTAN |
Langgan Disney+ Hotstar Malaysia | https://www.hotstar.com/my/subscribe/get-started |
- Tekan pautan langganan di atas.
- Anda akan dibawa ke Halaman Langganan.
- Hanya plan pilihan RM54.90 untuk 3 Bulan sahaja yang terdapat.
- Tekan CONTINUE/TERUSKAN.
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda.
- Kod OTP akan dihantar ke Nombor Telefon anda.
- Masukkan OTP tersebut.
- Tekan CONTINUE/TERUSKAN.
- Masukkan Nama dan pilih Jantina.
- Tekan CONTINUE/TERUSKAN.
- Untuk langgan Disney Plus Hotstar Malaysia anda dikehendaki membuat bayaran terus sama ada melalui Kad Debit/Kredit ataupun Online Banking.
- Jika pembayaran sudah dibuat, langganan anda akan berjaya. Setiap 3 bulan, anda akan dicaj berdasarkan plan yang telah ditetapkan.
- Selamat menonton.
DEVICES STREAMING DISNEY HOTSTAR MALAYSIA
Smartphone atau Tablet
- Android mobile 4.4.4+
- iOS v10+
- iPad v10+
- Mobile web
Device Home Movie
- Android TV (OS 7.0 atau ke atas)
- Chromecast [Gen2 ke atas (Firmware 1.43+)]
- Apple tvOS 11+ (Gen 4 ke atas)
Laptop
- Chrome (versi 75+)
- Safari (version 11+)
- Microsoft Edge (versi 79+)
- Firefox
Artikel lain : PERMOHONAN LAMPU JALAN TNB ONLINE
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan Disney Plus Hotstar Astro, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini :
Hotline Disney Hotstar Astro : 03-7481 2000