CARA PECAH TANAH LOT UNTUK KELUARKAN GERAN INDIVIDU

CARA PECAH TANAH LOT UNTUK KELUARKAN GERAN INDIVIDU

Untuk makluman, seandainya anda mempunyai tanah yang dalam zon perumahan, anda perlulah segera untuk melakukan pecah tanah bagi mengeluarkan lot geran individu. Ini disebabkan bagi memudahkan anda membina rumah atau menjual tanah tersebut dengan nilai yang lebih tinggi.

Baca juga : SPA9 LOGIN 2022 : CARA MOHON SPA9 & SEMAKAN

Bagaimanakah cara pecah lot tanah? Berapakah kos untuk keluarkan geran individu?

CARA PECAH TANAH LOT

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara pecah lot tanah untuk keluarkan geran individu :

  1. Pastikan lokasi tanah berada dalam zoning kawasan perumahan. Anda perlu membuat semakan dengan bahagian Perancangan Bandar Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran bagi memastikan tanah tersebut berada di dalam zoning perumahan.
  2. Untuk lagi memudahkan anda, pastikan tanah tersebut tidak digadaikan kepada mana-mana bank atau ada kaveat ke atasnya.
  3. Selain itu, pastikan tanah yang hendak dibeli juga bukan dalam urusan pusaka.
  4. Hanya seorang pemilik berdaftar dalam geran hak milik.
  5. Pemilik berdaftar masih hidup. Jika pemilik tanah yang hendak dibeli telah meninggal dunia maka urusan anda akan menjadi rumit.
  6. Kawasan tanah tersebut mempunyai infastruktur seperti jalan masuk yang telah digazetkan, tiang elektrik berdekatan serta mempunyai saliran.
  7. Sila lantik Peguam Hartanah yang bertauliah untuk urusan semua urusan. Segala urusan jual beli dan pindah milik akan lebih mudah dan mengikut proses undang-undang.
  8. Lantik Juru Ukur yang bertauliah untuk urusan pecah bahagi dan tukar syarat tanah pertanian kepada tanah lot bangunan. Selain itu, Juru Ukur akan membantu dalam memberi khidmat nasihat bagi layout yang sesuai untuk tanah anda.
  9. Lantik seorang Projek Manager Profesional yang berpengalaman dalam menguruskan urusan pecah lot.
  10. Tempoh masa untuk selesai. Urusan pecah tanah lot mengambil masa dalam satu tahun hingga satu tahun setengah . Namun ia mengambil masa juga untuk selesai memperolehi geran individu.

KOS PECAH LOT TANAH

Berikut adalah Jadual Ringkas Kos Pecah Lot Tanah Individu :

JENIS FEES DAN BAYARANJUMLAH BAYARAN
Fees PerancangRM3000 per ekar
Fees Juru UkurRM3000 per ekar
Fees JuruteraRM3000 per ekar
Fess Peguam2.5% daripada harga jual beli
Permohonan Pecah Bahagi & Tukar Syarat di Pejabat TanahRM1000 per Lot
Bayaran PremiumRM2000 per Lot
Lembaga Juru Ukur TanahRM2500

[PESANAN] Segala urusan pecah tanah lot untuk mendapat geran individu dapat dilaksanakan dengan lancar sekiranya anda mengikut garis panduan yang telah diberikan.

Anda boleh juga merujuk laman web rasmi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan di sini : https://www.jkptg.gov.my/my/panduan/senarai-undang-undang/kanun-tanah-negara.

3 thoughts on “CARA PECAH TANAH LOT UNTUK KELUARKAN GERAN INDIVIDU”

  1. salam ..
    kalau tak pecah lot lagi , sy buat permohonan tukar status terus drp dusun (pertanian) kepada bangunan (kediaman) , macam mana ?

    saya berfikiran selepas selesai proses tukar status ni , saya boleh terus jualkan tanah tu atau usahakan saja

    untuk pengetahuan tuan/puan tanah saya yg dekat pantai merdeka kedah telah pun selesai menjalani proses ukur halus.

    mohon penjelasan

    Reply
  2. Soalan: Tuan, kami sedang menunggu proses pecah geran dgn ramai penama kepada geran berasingan. Keluasan tanah telah diukur mengikut hak masing2. Memandangkan proses ini mengambil masa, salah seorang drp penama ingin membina rumah melebihi sempadan yg telah dipersetujui. Apakah tindakan yg boleh diambil. Terima kasih.

    Reply
  3. Boleh tumpang bertanya?
    Senarai kos, upah utk jurukur adalah rm3000 per ekar. Kalau tanah yg akan dipecah utk proses pecah geran kurang dari 1 ekar, apa kah kos upah jurukur akan di pro rate?

    Reply

Leave a Comment