TARIKH RASMI TEBUS BAYARAN BANTUAN TUNAI SARA ONE OFF RM300 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Terhad hanya kepada 8 juta rakyat dewasa Malaysia yang melepasi syarat kelayakan sahaja yang akan layak untuk tebus bayaran Bantuan Tunai SARA secara one-off (sekaligus) pada tarikh rasmi seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Bilakah tarikh rasmi tebus bayaran bantuan tunai sara one off rm300? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA MOHON BANTUAN MYSARA RM100 SETIAP BULAN : REGISTER ONLINE
TARIKH RASMI TEBUS BAYARAN BANTUAN TUNAI SARA ONE OFF RM300 2024
Kesemua 8 juta penerima boleh mula tebus atau menerima bayaran Bantuan Tunai SARA secara one-off (sekaligus) rasminya bermula pada tarikh 9 Disember 2024, Isnin dan berperingkat selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.
CARA TEBUS BAYARAN BANTUAN TUNAI SARA ONE OFF RM300 2024
Terdapat dua (2) cara untuk tebus atau terima bayaran Bantuan Tunai SARA secara one-off (sekaligus), iaitu :
- Boleh ditebus di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran; atau
- Akan diterima dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI SARA ONE OFF 2024
Tidak kesemua 8 juta penerima yang akan menerima bayaran Bantuan Tunai SARA dengan jumlah sebanyak RM300 secara one-off (sekaligus) kerana jumlah bayaran adalah bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :
- 3.5 juta penerima Isi Rumah akan menerima bayaran Bantuan Tunai SARA sebanyak RM300 secara one-off (sekaligus);
- 4.5 juta penerima Bujang akan menerima bayaran Bantuan Tunai SARA sebanyak RM150 secara one-off (sekaligus).
SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN TUNAI SARA ONE OFF 2024
Untuk mengetahui status bayaran Bantuan Tunai SARA secara one-off (sekaligus), ikuti cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.