SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE OFF 2024 : CHECK SEKARANG
Pelaksanaan Bantuan Tambahan Sara adalah secara one-off (sekaligus) dan bukanlah secara ansur setiap bulan. Seramai lebih 8 juta rakyat yang akan menerima bayaran tambahan ini bermula pada 9 Disember 2024, Isnin (minggu hadapan).
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tambahan sara one off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK BAYARAN SARA ONE OFF : SEMAK DUIT MASUK RM300/RM150
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE OFF 2024
Untuk mengetahui status sebagai penerima Bantuan Tambahan Sara secara one-off, ikuti panduan semakan status di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE OFF 2024
Berikut merupakan tarikh penerimaan Bantuan Tambahan Sara secara one-off :
CARA PENERIMAAN | TARIKH |
---|---|
Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | 9 Disember 2024, Isnin |
Secara pengkreditan ke dalam akaun bank penerima | Bermula : 9 Disember 2024 (Selama 3 hingga 5 hari bekerja) |
JUMLAH PENERIMAAN BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE OFF 2024
Penerimaan Bantuan Tambahan Sara secara one-off adalah mengikut jumlah seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN SARA |
---|---|
KETUA ISI RUMAH | RM300 |
AHLI ISI RUMAH | RM150 |
KADAR IMPLIKASI BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE OFF 2024
Pembayaran Bantuan Tambahan Sara secara one-off akan melibatkan kadar implikasi seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | BIL. PENERIMA | KADAR IMPLIKASI |
---|---|---|
KETUA ISI RUMAH | 3.5 juta | RM1.0 billion |
AHLI ISI RUMAH | 4.5 juta | RM0.7 billion |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.