SEMAKAN KEPUTUSAN E UKCG 2023
e-UKCG adalah ujian psikometrik secara online yang digunakan oleh Institut Perguruan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM KPM) untuk proses saringan calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG seluruh Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, hanya calon yang lulus sahaja layak dipertimbangkan untuk meneruskan saringan yang seterusnya.
Para calon diminta memberi perhatian dan cakna terhadap tarikh penting bagi semakan kelulusan e-UKCG.
Artikel lain : CARA AKTIFKAN DISNEY HOTSTAR ASTRO DAN DI TV
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN E UKCG 2023
Tarikh Semakan e-UKCG calon Layak Temu Duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) bagi Ambilan Khas PISMP boleh disemak pada 18 Ogos 2023 selepas jam 5.00 petang.
Bagaimanakah cara semakan keputusan e-ukcg?
APA ITU E UKCG
E UKCG adalah singkatan bagi Ujian Kelayakan Calon Guru. Sesetengah temuduga digelar sebagai INSAK atau Medsi. Ujian e-UKCG ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A (120 Soalan) yang perlu dijawab dalam masa 30 minit dan Bahagian B (60 Soalan) yang perlu dijawab dalam masa 15 minit.
Soalan yang kebiasaannya adalah untuk menguji tahap kelayakan profesion seorang guru. Untuk makluman anda, soalan UKCG ini tiada format jawapan yang boleh dihafal. Soalannya menguji inventori seorang guru yang merangkumi integriti, personaliti, kecerdasan emosi dan sifat terpuji yang perlu ada pada seorang guru. Soalan UKCG ada yang berulang. Contohnya, soalan nombor 8 dan soalan nombor 39 adalah sama. Soalan UKCG ini bertujuan untuk lihat pendirian seseorang calon itu tetap ataupun tidak. Jadi, jika soalan tersebut sama maka calon seharusnya jawab dengan jawapan yang sama atau selari dengan soalan yang sama tadi.
Soalan e-UKCG adalah Sulit. Calon yang layak menduduki ujian tersebut dilarang sama sekali dari membuat salinan, mengambil gambar atau menyebarkan soalan kepada orang lain. Calon yang didapati melanggar peraturan ini boleh dikenakan tindakan atau dibatalkan tawaran.
SEMAKAN KEPUTUSAN E UKCG
Pihak IPGM KPM sentiasa konsisten dalam melaksanakan pemilihan calon guru yang berminat, berkelayakan dan berkualiti bagi memenuhi aspirasi Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK 2012) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
e-UKCG hanya TERBUKA kepada calon yang telah mendaftar dan mengesahkan permohonan sahaja.
Calon hanya dibenarkan menduduki ujian ini seperti tarikh yang dinyatakan pada paparan ‘SEMAKAN KEPUTUSAN’ dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pastikan anda telah membaca arahan dan bersedia sebelum menjawab soalan.
PERKARA | PAUTAN |
Check Status e-UKCG | https://ukcg.moe.gov.my/ dan https://pismp.moe.gov.my/ |
- Calon telah menduduki UKCG/ temu duga tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status semakan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi ditetapkan
- Pemohon perlu mencetak surat panggilan UKCG, temuduga serta tawaran (sementara) dalam permohonan online
- Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temuduga adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri
- PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU : Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.
LOKASI MENJAWAB UKCG
- e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian. Calon boleh menduduki e-UKCG di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.
- e-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.
- Calon boleh menduduki e-UKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan, e-UKCG adalah SULIT.
- Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.
- Oleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab e-UKCG untuk lebih selesa.
- Walau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.
RUJUKAN
Sekiranya, anda mempunyai soalan atau pertanyaan yang berkaitan, calon boleh hubungi pihak yang bertanggungjawab di bawah ini:
JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN,
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM.
Nombor Telefon Bantuan Hotline e-UKCG IPG KPM : : 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6719/ 6760
Emel : [email protected]