CARA TUKAR KAD MAYBANK ONLINE (EXPIRED/ROSAK)
Sekiranya Kad Debit atau Kad Kredit Maybank anda telah expired ataupun rosak, anda sebenarnya boleh tukar kad tersebut hanya melalui online sahaja.
Menerusi atas talian, masa anda dapat dijimatkan dan lagi satu tiada caj atau bayaran yang dikenakan. Lagipun, proses penghantaran juga begitu cepat.
Anda tidak lagi perlu bersesak di kaunter semata mata untuk menukar kad yang telah expired ataupun yang telah rosak itu.
Bagaimanakah cara tukar kad maybank online jika sudah expired atau rosak? Macam mana nak activate?
CARA TUKAR KAD MAYBANK ONLINE
PERKARA | PAUTAN |
Tukar Kad Maybank | https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do |
- Pertama sekali, anda mestilah Login Maybank2u di pautan di atas terlebih dahulu.
- Masukkan USERNAME anda.
- Masukkan PASSWORD anda.
- Tekan LOGIN.
- Apabila berjaya Log Masuk di Maybank2u, anda akan berada di Halaman Utama.
- Untuk tukar kad Maybank, sila pergi ke menu SETTINGS sebelah kiri anda.
- Seterusnya, sila pilih menu CARDS.
- Anda akan dipaparkan menu Manage Debit Card, Manage Credit Card, Manage Non-Maybank Card.
- Jika anda ingin tukar kad debit Maybank, sila pilih Manage Debit Card.
- Kemudian, scroll sedikit ke bawah, anda akan lihat menu Debit Card – Replace, Activate & Block.
- Paparan akan menunjukkan CARD DETAILS & STATUS.
- Sila tekan 3 titik di sebelah STATUS, kemudian tekan REPLACE CARD.
- Anda dikehendaki mengisi alamat surat menyurat atau alamat kediaman yang anda berada untuk tujuan pengeposan kad yang baru.
- Sila tekan T&C untuk setuju dan tekan REPLACE CARD.
- Tekan request SMS TAC dan NO TAC akan dihantar ke nombor telefon yang berdaftar.
- Isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.
- Masukkan Nombor TAC tersebut dan tekan CONFIRM.
- Proses penukaran Kad Maybank anda telah berjaya.
- Sila tunggu dalam 9 hari bekerja untuk menerima kad baru anda.
- Bayaran atau Caj yang dikenakan adalah percuma.
- Sekiranya, anda sudah mendapat kad baru, anda mestilah aktifkan kad baru anda supaya boleh digunakan.
- Jangan risau tentang salah guna kad selagi kad belum sampai di tangan anda, kad tersebut tidak boleh di aktifkan lagi selagi anda sebagai penerima belum menerima kad tersebut.
AKTIFKAN KAD DEBIT ATAU KREDIT MAYBANK
Kad Debit/Kredit baharu ini perlu diaktifkan dalam tempoh 90 hari selepas diterima. Jika gagal, anda perlu membuat permohonan kad baharu semula.
Berkenaan dengan PIN ATM pula, anda masih lagi boleh menggunakan PIN ATM yang lama/sedia ada dan tidak perlu tetapkan yang baharu. Bagaimanapun, jika ingin mengubah PIN, anda boleh melakukannya di ATM Maybank.
CARA AKTIFKAN KAD MAYBANK
Sekiranya anda telah menerima replacement Kad yang baru, anda dikehendaki activatekan terlebih dahulu supaya boleh digunakan. Di bawah ini adalah cara aktifkan kad Maybank:
- Sama seperti step di atas, anda perlu log masuk ke Maybank2u terlebih dahulu.
- Kemudian, pilih SETTINGS.
- Pilih menu CARDS.
- Dan pilih menu Manage Debit Card.
- Skroll ke bawah dan pilih Debit Card – Replace, Activate & Block.
- Pilih Kad baru anda dengan melihat nombor 4 digit di kad anda untuk proses aktifkan.
- Tekan 3 titik dan pilih ACTIVATE.
- Anda dikehendaki memasukkan 8 digit nombor akhir di kad anda.
- Anda dikehendaki membuat pengesahan Kod TAC yang dihantar ke nombor telefon anda.
- Masukkan Kod TAC dan ACTIVATE.
- Kad Debit atau Kredit Maybank anda telah berjaya diaktifkan.
- Anda boleh menggunakan kad baharu anda seperti sediakala.
- Kad lama anda secara automatiknya sudah tidak boleh digunakan.
- Selamat mencuba.
CARA ACTIVATE KAD MAYBANK DI ATM
Andai kata anda tidak berani untuk aktifkan kad anda melalui online, anda juga boleh aktifkan kad anda melalui mesin atm Maybank. Ikuti langkahnya di bawah:
- Masukkan Kad Debit atau Kredit Maybank anda di ATM Maybank.
- Pilih Bahasa.
- Masukkan Nombor PIN ATM anda.
- Pilih Menu Transaksi Lain.
- Pilih Menu Perkhidmatan Lain.
- Tekan Berikutnya.
- Tekan pada Pengaktifan Kad.
- Proses Aktifkan Kad anda telah berjaya dan resit akan dikeluarkan.
- Anda boleh guna kad tersebut untuk urusan seperti sedia kala.
Artikel lain : CARA AKTIFKAN DISNEY HOTSTAR ASTRO DAN DI TV
RUJUKAN
Sebarang soalan dan pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak yang berwajib dan rujukan yang diambil dari sumber : https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/frequent_queries/credit_debit_cards/apply-new-cards.page?.