SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
Nama-nama penerima yang layak menerima bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah atau ringkasnya SARA melalui pengkreditan secara one-off (sekaligus) telahpun disahkan iaitu seramai lebih 8 juta rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Bagaimanakah semakan nama penerima bayaran sara one off? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN MYKASIH RM100 (REGISTER BANTUAN SARA)
TARIKH PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Bantuan SARA akan mula dibayar pada tarikh seperti berikut secara one-off kepada 8 juta penerima :
TARIKH MULA BAYARAN SARA ONE OFF | TARIKH AKHIR BAYARAN SARA ONE OFF |
---|---|
09 DISEMBER 2024 | ** DISEMBER 2024 |
KAEDAH BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Pembayaran Bantuan SARA secara one-off adalah melalui kaedah seperti berikut :
PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan | Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran |
JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Begitu juga jumlah bayaran juga bergantung kepada kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM300 (Ketua keluarga) | RM150 (Individu) | RM150 (Individu) |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Untuk mengetahui nama penerima yang layak menerima bayaran SARA secara one-off, semakan boleh dibuat pada pautan rasmi seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.