SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024 : CHECK DUIT MASUK RM300/RM150
Duit bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dimasukkan secara one-off (sekaligus) tidak lama iaitu bermula pada 9 Disember 2024, Isnin. Pembayaran Bantuan SARA secara one-off ini akan melibatkan kadar implikasi sebanyak RM1.7 billion.
Bagaimanakah semakan bayaran bantuan sara one off? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE OFF : CHECK SEKARANG
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Berdasarkan pengumuman oleh Perdana Menteri baru-baru ini, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dibayar secara one-off (sekaligus) kepada penerima bermula pada 9 Disember 2024, Isnin dan akan berlangsung selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Tidak kesemua penerima akan menerima bayaran Bantuan SARA dimasukkan melalui akaun bank kerana terdapat juga penerima yang tiada akaun bank yang aktif dan berstatus ‘Gagal Kredit’. Oleh itu, sesetengah penerima perlu menuntut tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
KADAR KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Berikut merupakan kadar kelayakan penerima Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) pada 9 Disember 2024 ini :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH PENERIMA | KADAR IMPLIKASI |
---|---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Ibubapa Tunggal) | 3.5 juta | RM1.0 billion |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH PENERIMA | KADAR IMPLIKASI |
---|---|---|
BUJANG (Belia / Warga Emas) | 4.5 juta | RM0.7 billion |
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Untuk mengetahui status bayaran Bantuan SARA secara one-off, ikuti panduan semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] pada iklan pemakluman terkini
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) contoh : 890230115678.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus RM300‘ atau ‘Lulus RM150’.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.