SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG
Penerima bantuan di bawah data e-Kasih iaitu daripada kategori miskin dan miskin tegar akan menerima bantuan tunai sebanyak RM100 setiap bulan ke dalam kad pengenalan yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya seluruh Malaysia dan pembayaran hanya dengan menggunakan kad pengenalan sahaja.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan ekasih rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : REGISTER BANTUAN MY KASIH RM1200 : MOHON SEKARANG
SENARAI PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 SETIAP BULAN
Kerajaan telah menambahbaik bantuan ini bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelum ini untuk diberikan kepada lebih ramai penerima seperti senarai berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Kategori Miskin Tegar (Isi Rumah, Bujang, & Warga Emas) | 0.2j penerima |
Kategori Miskin (Isi Rumah, Bujang, & Warga Emas) | 0.5j penerima |
Kategori Asas Isi Rumah, Bujang, & Warga Emas (Bukan miskin / miskin tegar) | 5.6j penerima |
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN EKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENERIMA |
---|---|
Kategori Miskin Tegar | Bermula 22 Januari 2024 seterusnya setiap bulan pada 1 hari bulan (Januari 2024 – Disember 2024) |
Kategori Miskin | Bermula 22 Januari 2024 seterusnya setiap bulan pada 1 hari bulan (Januari 2024 – Disember 2024) |
Kategori Asas (Bukan miskin / miskin tegar) | Akan diberitahu dari semasa ke semasa |
CARA PENGGUNAAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN
BIL. | CARA-CARA PENGGUNAAN |
---|---|
1. | Pilih Barangan Keperluan Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. |
2. | Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. |
3. | Imbas Kod Barangan Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. |
4. | Bayar Menggunakan MyKad Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. |
5. | Simpan Resit Untuk Semakan Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian. |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024
Bantuan yang bernilai RM100 setiap bulan ini boleh disemak melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
RAZIMAN BIN ROSLY