JAWATAN KOSONG SUK KELANTAN 2024 : MYSTEP (PERMOHONAN & IKLAN)

JAWATAN KOSONG SUK KELANTAN 2024 : MYSTEP (PERMOHONAN & IKLAN)

Untuk makluman anda, sekiranya anda berminat atau ingin bekerja di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) telah membuka iklan Jawatan Kosong MyStep bagi pengambilan tahun 2024.

Apakah Jawatan Kosong SUK Kelantan 2024? Bagaimanakah cara permohonan MyStep Kelantan? Anda boleh rujuk maklumat lanjut di sini.

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MALAYSIA SHORT TERM EMPLOYMENT PROGRAMME (MYSTEP) SUK KELANTAN 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada kelahiran Negeri Kelantan dan bermastautin di Negeri Kelantan) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang dinyatakan di bawah :

JAWATAN KOSONG SUK KELANTAN IJAZAH

Berikut adalah senarai Kerja Kosong MyStep Kelantan 2024 kelayakan Ijazah Sarjana Muda :

  1. AKAUNTAN / PEGAWAI KEWANGAN
  2. ARKITEK
  3. JURUGEOSPATIAL
  4. JURUTERA
  5. JURUTERA KIMIA
  6. JURUTERA PERTANIAN
  7. JURUUKUR BAHAN
  8. PEGAWAI GEOSAINS
  9. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
  10. PEGAWAI PERIKANAN
  11. PEGAWAI PERTANIAN
  12. PEGAWAI TADBIR
  13. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN
  14. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
  15. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
  16. PEGAWAI VETERINAR

JAWATAN KOSONG SUK KELANTAN DIPLOMA / SIJIL / STPM / STAM

Di bawah merupakan senarai Kerja Kosong MyStep Kelantan 2024 kelayakan Diploma / Sijil / STPM / STAM :

  1. PENOLONG AKAUNTAN
  2. PENOLONG JURUGEOSPATIAL
  3. PENOLONG JURUTERA
  4. PENOLONG JURUUKUR
  5. PENOLONG PEGAWAI GEOSAINS
  6. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA
  7. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
  8. PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN
  9. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN
  10. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA
  11. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
  12. PENOLONG PEGAWAI TANAH
  13. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN
  14. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
  15. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG
  16. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR

JAWATAN KOSONG SUK KELANTAN SPM / SPVM / SVM

Ini adalah senarai Kerja Kosong MyStep Kelantan 2024 kelayakan SPM / SPVM / SVM :

  1. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM
  2. PEMBANTU KEMAHIRAN
  3. PEMBANTU PENGUATKUASA
  4. PEMBANTU SYARIAH
  5. PEMBANTU TADBIR (P/O)

JAWATAN KOSONG SUK KELANTAN PT3/ PMR / SRP

Senarai Kerja Kosong MyStep Kelantan 2024 kelayakan PT3/ PMR / SRP :

  1. PEMANDU KENDERAAN
  2. PEMBANTU AWAM
  3. PENGAWAL KESELAMATAN

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MYSTEP KELANTAN

Berikut adalah syarat lantikan am untuk MyStep Kelantan :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

KADAR UPAH/GAJI MYSTEP KELANTAN

Kadar upah berdasarkan jawatan sebagaimana berikut :

  1. Ijazah Sarjana Muda – RM2000
  2. Diploma / Sijil / STPM / STAM – RM1800
  3. SPM / SPVM / SVM – RM1600
  4. PT3 / PMR / SRP – RM1400

KEMUDAHAN MYSTEP KELANTAN

  1. Cuti Rehat – 12 Hari / Setahun
  2. Cuti Sakit – 14 Hari / Setahun
  3. Perlindungan Sosial – Caruman KWSP dan PERKESO

TEMPOH LANTIKAN MYSTEP KELANTAN

SATU (1) tahun (Penyambungan akan dipertimbangkan berdasarkan kepada peraturan yang berkuatkuasa).

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SUK KELANTAN

CARA MEMOHON MYSTEP KELANTAN

Kepada pemohon yang berminat, permohonan jawatan ini hendaklah diisi secara online sahaja. Calon hanya dibenarkan memohon satu (1) jawatan sahaja.

Pemohon yang pertama kali memohon dikehendaki membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu di pautan di bawah :

  1. Klik pautan Daftar di atas.
  2. Isi Nama Pemohon.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan Pemohon.
  4. Isi Emel Pemohon.
  5. Cipta Kata Laluan & Ulang Kata Laluan tersebut.
  6. Klik [DAFTAR].

Jika pemohon sudah selesai membuat pendaftaran, anda akan di bawa terus ke bahagian Halaman Utama MyStep SUK.

  1. Pemohon hendaklah mengisi [Maklumat Diri] terlebih dahulu.
  2. Kemudian, sila isi [Maklumat Akademik].
  3. Seterusnya, masukkan [Pengalaman] pekerjaan jika bekerja sebelum ini.
  4. Akhir sekali, isi butiran yang diminta di bahagian [Maklumat Tambahan].
  5. Pastikan pemohon isi Butiran yang diminta dengan tepat dan lengkap.
  6. Klik [SIMPAN] apabila siap diisi untuk setiap bahagian yang diminta.

Apabila pemohon selesai mengisi semua butiran yang diminta, pemohon boleh lihat di menu [Iklan Jawatan]. Terdapat pelbagai Jawatan Mystep Kelantan yang dibuka untuk permohonan. Pemohon boleh klik butang [BUTIRAN] untuk melihat jawatan yang dibuka untuk permohonan.

Pemohon dapat melihat senarai kerja kosong MyStep Kelantan yang dibuka. Untuk memohon, sila klik butang [MOHON]. Perlu diingatkan bahawasanya pemohon hanya boleh memilih 1 (Satu) Jawatan sahaja dan pastikan anda memilih jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda. Anda boleh rujuk di bahagian Syarat untuk melihat lebih lanjut.

Apabila pemohon selesai mohon, sila ke menu [Permohonan] untuk semakan status permohonan MyStep Kelantan.

Di bahagian menu [Permohonan] terdapat Senarai Permohonan yang telah anda lakukan. Klik butang [BORANG] untuk muat turun borang permohonan MyStep Kelantan anda. Simpan borang tersebut untuk rujukan apabila dipanggil temuduga nanti.

IKLAN MYSTEP KELANTAN 2023

Sumber rujukan Jawatan Kosong SUK Kelantan ini dari :

TARIKH TUTUP PERMOHONAN MYSTEP KELANTAN 2023

Permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 7 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam.

MAKLUMAT AM UNTUK PEMOHON MYSTEP KELANTAN

  • Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga atau boleh dibuat pelantikan secara terus mengikut kesesuaian yang difikirkan munasabah. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas DUA (2) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
  • Pelantikan calon adalah tidak terikat dengan jawatan yang dimohon dan boleh sahaja ditawarkan apa-apa jawatan yang dianggap sesuai serta munasabah.

KETERANGAN LANJUT

Sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan iklan jawatan di atas, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini :

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Blok 2, Aras 1,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.

Nombor Bantuan / Hotline MyStep Kelantan :

(09) 747 0890
(09) 748 1957 samb. 2142 atau 2119.

JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI

e PENGAMBILAN PDRM 2023 : PERMOHONAN JAWATAN SARJAN POLIS GRED YA5 & KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LOGIN)

PERMOHONAN PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA 2023 (LELAKI SIRI 197 & WANITA SIRI 48)

1 thought on “JAWATAN KOSONG SUK KELANTAN 2024 : MYSTEP (PERMOHONAN & IKLAN)”

Leave a Comment