CARA BELI TIKET WAYANG ONLINE (MBO/TGV/GSC CINEMA)

CARA BELI TIKET WAYANG ONLINE (MBO/TGV/GSC CINEMA)

Untuk pengetahuan pembaca, kini anda boleh membuat pembelian cinema ticket melalui online. Pembelian menerusi atas talian lebih memudahkan urusan anda dimana tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter dan lebih menjimatkan masa.

Di dalam artikel ini, pihak kami akan berkongsi maklumat kepada pembaca bagaimanakah cara beli tiket wayang online MBO, TGV dan GSC Cinema.

Artikel berkaitan : PERMOHONAN SBP : SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 1 ATAU 4

TIKET WAYANG ONLINE

Tiket wayang online adalah dimana anda membuat tempahan atau pembelian tiket hanya menggunakan laman web ataupun aplikasi yang disediakan oleh pihak panggung di atas talian. Menerusi online, pembelian akan dibayar melalui pembayaran secara debit atau kad kredit dan juga boleh dibayar melalui ewallet.

CARA BELI TIKET WAYANG ONLINE TGV

Sebelum anda boleh lakukan pembelian online, anda dikehendaki membuat pendaftaran pengguna kali pertama dahulu (jika tidak pernah daftar).

PERKARAPAUTAN
Laman web TGVhttps://www.tgv.com.my/
Aplikasi TGVAndroid : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.tgv.app
IOS : https://apps.apple.com/my/app/tgv-cinemas/id682997885?ign-mpt=uo%3D4
Huawei : https://appgallery.huawei.com/app/C100101875
  1. Muat Turun aplikasi TGV Cinema (Google Play / Apple Store) atau layari laman web pautan di atas.
  2. Sekiranya anda pengguna baharu atau pertama kali anda dikehendaki daftar akaun terlebih dahulu.
  3. Klik Join Now dan anda akan dibawa ke Sign Up. Masukkan Emel, Nombor Telefon dan Kata Laluan dan klik Sign Up.
  4. Jika anda sudah berjaya mendaftar akaun, klik Sign In untuk log masuk ke laman utama.
  5. Pada halaman utama, anda boleh pilih mana-mana paparan movie yang tersedia atau anda boleh klik pada ikon search untuk mencari movie pilihan anda.
  6. Sebaiknya anda mencari pawagam yang berhampiran dengan anda atau mana-mana pawagan pilihan anda terlebih dahulu dengan klik pada ikon Cinemas.
  7. Paparan akan menunjukkan senarai pawagam TGV seluruh Negeri yang ada. Pilih pawagam pilihan anda.
  8. Kemudian, setelah anda selesai memilih pawagam pilihan, paparan seterusnya akan menunjukkan senarai movie yang ada di pawagam tersebut.
  9. Anda boleh pilih movie yang anda mahukan dan kemudian pilih tarikh dan masa yang anda inginkan.
  10. Seterusnya sila pilih seat yang masih avalaible dan klik Continue.
  11. Pada bahagian select tiket, anda diberi pilihan memilih jenis tiket berdasarkan kategori beserta bilangan anda sama ada Deluxe atau Kids Deluxe.
  12. Setelah selesai klik pada continue. Kemudian anda boleh membuat pilihan makanan anda inginkan atau anda boleh skip untuk laman seterusnya dengan klik continue.
  13. Seterusnya paparan akan menunjukkan jumlah bayaran, pastikan maklumat pembelian anda betul dan klik pada Pay Now.
  14. Pilih kaedah pembayaran anda inginkan dan ikuti proses pembayaran sehingga selesai.
  15. Status pembelian tiket anda selesai.
  16. Sila hadir tepat pada tarikh yang anda beli dan pastikan anda datang awal sebelum cerita bermula.

CARA BELI TIKET WAYANG ONLINE GSC

PERKARAPAUTAN
Laman web GSChttps://www.gsc.com.my/main/home
Aplikasi GSCAndroid : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.gscandroid.yk
IOS : https://apps.apple.com/my/app/golden-screen-cinemas/id413024972
Huawei
  1. Muat Turun aplikasi GSC Cinema (Google Play / Apple Store) atau layari laman web pautan di atas.
  2. Sekiranya anda pengguna baharu atau pertama kali anda dikehendaki daftar akaun terlebih dahulu.
  3. Tekan Sign In dan anda pilih ke Sign Up jika masih belum daftar pengguna. Masukkan Nama, Emel, Nombor Telefon, Kata Laluan, Tarikh Lahir, Jantina dan tekan Submit.
  4. Setelah anda selesai mendaftar akaun, tekan Sign In untuk log masuk ke laman utama.
  5. Pada laman utama, anda boleh pilih paparan movie yang tersedia atau anda boleh tekan ikon search untuk mencari movie pilihan anda.
  6. Kemudian tekan pada movie pilihan anda.
  7. Anda boleh pilih tempat tayangan movie tersebut yang berhampiran anda dan juga tarikh dan masa tayangan yang anda inginkan.
  8. Seterusnya, tekan pada Select Seat, pilih seat yang masih avalaible dan tekan Confirm.
  9. Seterusnya pilih tiket berdasarkan katagori beserta bilangan anda sama ada Dewasa, Kanak-kanak, OKU, Warga Emas dan Pelajar.
  10. Jika sudah selesai, tekan confirm. Kemudian anda boleh membuat pilihan makanan anda inginkan atau anda boleh skip (jika tidak berminat) untuk ke laman pembayaran.
  11. Pada laman Summary, pastikan maklumat pembelian anda betul, tick pada terma dan syarat kemudian tekan Checkout & Pay.
  12. Pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan dan ikuti proses pembayaran sehingga selesai.
  13. Pembelian tiket melalui online anda selesai.

CARA BELI TIKET WAYANG ONLINE MBO

PERKARAPAUTAN
Laman web MBO Cinemahttps://mbocinemas.com/browsing/
Aplikasi MBOAndroid : https://play.google.com/store/apps/details?id=nz.co.vista.android.movie.mbocinemas&hl=en
IOS : https://apps.apple.com/my/app/mbo-cinemas/id1183631555
  1. Muat Turun aplikasi MBO Cinema (Google Play / Apple Store) atau layari laman web pautan di atas.
  2. Pengguna baharu atau pertama kali anda dikehendaki register akaun terlebih dahulu.
  3. Klik Sign Up untuk pendaftaran kali pertama. Isi semua maklumat yang dikehendaki dan klik Activate Account.
  4. Jika anda selesai mendaftar akaun, tekan Sign In untuk log masuk ke laman utama.
  5. Sebaiknya anda mencari pawagan yang berhampiran anda atau mana-mana pawagan pilihan anda terlebih dahulu dengan klik pada ikon Menu (garis tiga bertindih) dan klik Cinemas.
  6. Untuk melihat movie yang sedang berlangsung dan sedang di mainkan di pawagan, klik pada View Showtimes,
  7. Paparan movie yang sedang berlangsung akan terpapar atau anda boleh klik ikon search untuk mencari movie pilihan anda.
  8. Klik pada pilihan movie anda inginkan, paparan akan menunjukkan senarai waktu tayangan mengikut lokasi pawagam. Anda perlu membuat pilihan mengikut senarai yang diberikan.
  9. Seterusnya anda perlu membuat pilihan jenis tiket berdasarkan kategori beserta bilangan anda sama ada Adult Standard, Adult VIP, Child Standard, Child Vip dan Adult Couple (P).
  10. Jika sudah selesai membuat pilihan, klik pada Continue. Seterusnya pilih mana-mana seat yang masih avalaible dan klik Continue.
  11. Seterusnya maklumat pengesahan akan tertera, sahkan maklumat tersebut dan klik Checkout.
  12. Isikan butiran yang diperlukan iaitu Nama, Emel dan Nombor Telefon.
  13. Jika sudah lengkap klik continue. Pilih kaedah pembayaran yang anda mahukan, tick pada terma dan syarat dan klik Pay Now. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai.
  14. Status pembayaran tiket wayang akan terpapar. Pembelian tempahan tiket anda sudah selesai.
Berapakah harga tiket wayang online?

Bagi harga tiket wayang online anda boleh semak melalui aplikasi cinema yang berdekatan dengan anda ataupun pilihan pawagam yang anda mahukan. Harga mungkin berbeza-beza oleh itu lebih baik anda check sendiri.

Adakah boleh bawa anak ke pawagam?

Tiada masalah untuk membawa anak anda tetapi lebih baik anda memilih pawagam yang menyediakan bilik khas untuk tontonan bersama anak-anak. Siap ada gelongsor lagi di GSC IOI Mall di Puchong.

Leave a Comment