SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH 2024 : CHECK SEKARANG

Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional adalah melalui e-Kasih yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program atau bantuan yang diterima.

Bagaimanakah semakan status bantuan ekasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KHAS EDOMPET 300 : CHECK STATUS SEKARANG

SENARAI BANTUAN EKASIH 2024

Berikut merupakan senarai-senarai bantuan di bawah data e-Kasih :

  1. Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA) :
    • Penerima yang mendaftar dengan e-Kasih akan menerima sehingga RM1,200 dan RM600. Manakala bagi kategori yang tidak mendaftar dalam sistem e-Kasih akan menerima bayaran tambahan hanya RM300 atau RM150. (Rujuk di sini : SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2024)
  2. Bantuan I-Suri / i-Saraan KWSP :
    • Surirumah yang berdaftar dengan e-Kasih juga layak memohon bantuan di bawah skim i-Suri KWSP.Melalui skim ini, surirumah boleh mendapat insentif RM300 setahun daripada kerajaan. (Rujuk di sini : BANTUAN SURI RUMAH RM300)
  3. Bantuan JKM :
    • Terdapat 11 jenis Skim Bantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan. (Rujuk di sini : BANTUAN JKM)

SYARAT PENYERTAAN BANTUAN EKASIH 2024

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

Secara umumnya, terdapat empat punca pendapatan yang boleh diterima (terakru) oleh isi rumah iaitu pendapatan daripada :

  1. Pekerjaan Bergaji.
  2. Bekerja Sendiri.
  3. Pendapatan daripada Harta dan Pelaburan.
  4. Pindahan Semasa diterima.

*Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca. Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah tersebut.

PENGGUNAAN SISTEM EKASIH 2024

Berikut merupakan sistem e-Kasih yang boleh digunakan untuk :

  • Membuat semakan status kemiskinan secara online.
  • Menyelaraskan maklumat bantuan.
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik. berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH 2024

Sekiranya anda telah berdaftar dengan e-Kasih anda boleh membuat semakan status di portal rasmi e-Kasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.

1 thought on “SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH 2024 : CHECK SEKARANG”

  1. Saya dah isi borang padu,eKasih tapi tak dapat lagi sebarang bantuan.dalam keadaan saya sekarang,memang saya memerlukan bantuan.sekarang umur saya mencapai 62 tahun tanpa sebarang pekerjaan,dan hidup sebatang kara.

    Reply

Leave a Comment