SPIM TEKUN ONLINE 2023 : PERMOHONAN PEMBIAYAAN RM10000 TEKUN NASIONAL

SPIM TEKUN ONLINE 2023 : PERMOHONAN PEMBIAYAAN RM10000 TEKUN NASIONAL

Untuk makluman kepada usahawan bagi sektor informal dan micro yang memerlukan bantuan pembiayaan, anda boleh membuat permohonan inisiatif daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN). Pembiayaan ini dikenali sebagai Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM).

Apakah yang dimaksudkan dengan sektor informal?

Sektor informal ialah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Baca juga : ANAK ISTIMEWA SELANGOR ANIS : BANTUAN RM5000 2022 (PERMOHONAN/SEMAKAN/BAYARAN)

APA ITU SPIM TEKUN

SPIM TEKUN adalah Skim Pembiayaan Informal dan Mikro adalah skim yang menawarkan pembiayaan pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.

PINJAMAN SPIM TEKUN

Jumlah pembiayaan/pinjaman SPIM TEKUN adalah seperti di bawah :

  • RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM)
  • RM1,000 – RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).

SYARAT PINJAMAN SPIM TEKUN

Antara syarat pinjaman SPIM TEKUN adalah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Bumiputera dan Masyarakat India.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) ATAU pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JPKKP ) / Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon / permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak.
  • Bebas daripada tindakan kebankrapan.
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.

JENIS PERNIAGAAN YANG LAYAK PINJAMAN SPIN TEKUN

Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan, penjaja kecil , peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah (home-based business), peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business), peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian (online business) dan peniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran (delivery services).

PERMOHONAN SPIM

Di bawah ini adalah cara permohonan SPIM TEKUN ONLINE :

PERKARACARA
Permohonan Pinjaman SPIM TEKUN Online1. Klik link Permohonan SPIM di sini : https://tekunfin.tekun.gov.my/login.
2. Klik [Daftar Akaun].
3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik Daftar.
4. Log masuk dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
5. Lengkapkan permohonan tersebut sehingga selesai.
Borang SPIM TEKUN1. Hadir ke pejabat TEKUNNberhampiran anda.
2. Berikut adalah pautan untuk merujuk pejabat TEKUN yang berhampiran : https://www.tekun.gov.my/ms/connections/.

RUJUKAN

Sebarang soalan dan pertanyaan anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini :

Hotline SPIM TEKUN : 03-90588550

Leave a Comment